Islamic Widget

Sunday, January 30, 2011

RENDANG


BAHAN-BAHANNYA
1 kg daging lembu
2 biji kelapa diambil 8 cawan pati santannya
1/4 biji kelapa dijadikan kerisik
20 - 40 biji cili api

4 biji bawang besar
2 cm. lengkuas
5 batang serai
4- 6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
3 cm. kunyit hidup
1 cm. halia
Garam & gula melaka secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Daging lembu dipotong kecil (lebih kurang 2 cm.x 2 cm.), dibasuh bersih dan ditoskan airnya
Cili api, bawang besar, lengkuas, halia, kunyit dan 2 batang serai dikisar sehingga lumat
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah digiling tadi
Masukkan daging, 3 batang serai, daun kunyit dan daun limau purut, biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala
Sesudah mendidih masukkan kerisik, garam dan gula melaka dikacau sehingga rata
Sesuaikan rasanya
Masak sehingga hampir kering
Sesudah itu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
***cili api boleh ditambah atau dikurangkan mengikut cita rasa masing2...

Kailan Ikan Masin

BAHAN-BAHANNYA :
250gm kailan
1 labu bawang besar - potong bulat(ring)
3 ulas bawang putih - ketuk2 jer..
2 biji cili hijau - hiris ikut cita rasa sendiri
Sepotong ikan kurau/tenggiri masin
2 sudu sos tiram

1 susu besar sos nampla (sos ikan thai)
Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA:
Kailan dipotong, asingkan batang dan daunnya
Ikan kurau/tenggiri dipotong kecil-kecil (digoreng dahulu)
Tumis bawang putih hingga naik baunya
Masukkan ikan masin, biarkan hingga naik baunya
Masukkan batang kailan dahulu dan biarkan separuh masak...
Masukkan daunnya, , bawang besar & cili hijau yg dihiris, sedikit air, sos tiram & sos nampla( klu suka leh masukkn serbuk perasa...klu x nk pun x per...dh ok dh)

***Resepi ni x gne garam tau...sbb dh masin dgn ikan masin & sos ikan :D

Wednesday, January 26, 2011

Hadith : Maksud Hadis Nabi

Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta’ala berfirman:


“Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri kerana keagunganKu dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhlukKu, tiada terus menerus bermaksiat padaKu, menghabiskan masa harinya berzikir kepadaKu, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena musibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaranKu dan memerintahkan malaikatKu menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhlukKu laksana “firdaus” diantara barisan syurga”. (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)


~ When you stand up to pray, pray as if it is your last prayer ~

Friday, January 21, 2011

Ketika Cinta Bertasbih ~ Melly Goeslaw

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Demi Matahari ~ Snada

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Bila Aku Sudah Tiada ~ Hujan

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya



***wahai suamiku...cahaya mataku...para 
     sahabatku...andai aq sudah tiada di alam maya ini
     sering2 la menziarahi pusaraku...agar kenangan aq 
     bersama kalian tidak hilang dalam lipatan sejarah! 
     Jangan lupa utk kalian sedekahkan ayat2 AlQuran...
     sekurang2nya...al-fatihah buat aq yg pernah hadir 
     dalam hidup kalian... :D
     ~ Iyna 21 Jan 2011:Jumaat ~

Ketulusan Hati ~ Anuar Zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(korus)
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(ulang korus)

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo

(ulang korus)

PadaMu Ku Bersujud ~ Afgan

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
reffpada-MU 

Anak Soleh ~ Aeman


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
[ Anak Soleh lyric found on www.lirik.my ]
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Pelangi Petang ~ Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

***Buat sume insan yang sempat singgah sebentar aje dalam diari hidupku...sungguh pun begitu kalian amat bermakna buat diri ini  :'( 

10 Positive Assumptions

1) I will make and keep my commitments.

2) I will find the right people who can help me.

3) I will look for an answer in every problem.

4) I will give up “trying” and simply do.

5) I will make it okay to be wrong and make mistakes.

6) I will create my own “good luck”.

7) I will not be afraid to lose before I win.

8 ) I will do it now!

9) I will be who I am and become what I was meant to be.

10) I will accept that all things are possible.

-Robert Anthony, in his book “Betting on Yourself

ANDAI KU TAHU ~ UNGU

Andai ku tahu…. 
Kapan tiba ajalku… 
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku… 

Andai ku tahu… 
Kapan tiba masaku… 
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku… 
Aku takut akan semua dosa dosaku… 
Aku takut dosa yg terus membayangiku… 

Andai ku tahu… 
Malaikatmu kan menjemputku… 
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… 
Aku takut akan semua dosa dosaku… 
Aku takut dosa yg terus membayangiku… 

Ampuni aku dari segala dosa dosaku… 
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu… 
Aku manusia yang takut neraka… 
Namun aku juga tak pantas disurga… 

Andai ku tahu…. 
Kapan tiba ajalku… 
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… 
Aku takut akan semua dosa dosaku… 
Aku takut dosa yg terus membayangiku… 
Ampuni aku dari segala dosa dosaku… 
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu… 

Tip 10 K Dalam Persahabatan by MUZRI on September 1, 2009

Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.

“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?” 




ADAT BERKAWAN

TEMAN TU BUKAN MCM PAPAN SKATE BOARD,

BELUM MAIN , GILAP...

DAH MAIN , PIJAK...

TEMAN TU BUKAN MCM BOLA SEPAK,

BELUM DAPAT, KEJAR...

SUDAH DAPAT, TENDANG...

TEMAN TU BUKAN MCM BULU TANGKIS,

BELUM MAIN , PEGANG...

SUDAH MAIN , PUKUL


TEMAN TU IBARATKAN MCM RAGBI...

BELUM DAPAT, REBUT....

DAH DAPAT, LINDUNG...

TEMAN TU CAM JARI...

LUKANYE SEMBUH SENDIRI...

HILANGNYER, TIADA GANTI.....

Don't Know Much (Linda Ronstadt)

Look at this face
 I know the years are showing
Look at this life
I still don't know where it's going

I don't know much
But I know I love you
And that may be all I need to know

Look at these eyes
They've never seen what mattered
Look at these dreams
So beaten and so battered

I don't know much
But I know I love you
That may be all I need to know

So many questions still left unanswered
So much I've never broken through

And when I feel you near me
Sometimes I see so clearly
The only truth I've ever known is me and you

Look at this man
So blessed with inspirationLook at this soul
Still searching for salvation

I don't know much
But I know I love you
And that may be all I need to know

I don't know much
But I know I love you
That may be all I need to know

I don't know much
But I know I love you
That may be all there is to know
4 U: My Hubby :D

Wednesday, January 19, 2011

Sekadar Mengingatkan Diriku & Sahabat-sahabat Yang Sentiasa Berada Di hatiku

Innalillahiwainnailaihirojiun, siapapun tidak tahu kapan maut bakal menjemput. Masih berasa arogan dengan diri sendiri?





Saturday, January 15, 2011

Erti Sebuah Persahabatan

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian, 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah." 
Kita adalah manusia yang paling beruntung jika mempunyai seorang sahabat yang amat memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk membuat penjelasan akan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti lantaran ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu....





Sahabatku...
Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi...

Biarkan kekecewaan itu berlalu, agar kegembiraan mewarnai...
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat...
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula...
Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH...:)


Terima Kasih Ya Allah....

Ya Allah..aku x pernah TERduga olehku apa yg telah ENGKAU berikan pada aku..
Alhamdulillah..jika ini permulaannya..
Aku bersyukur..Setelah apa aku lalui tanpa berputus asa  dan tanpa jemu berdoa memohon dariMU,ENGKAU telah hadiahkan sesuatu yg x pernah terjangkau dibenakku..
Janganlah KAU ambil apa yg telah ENGKAU berikan padaku ni..
Teruskanlah beri aku kekuatan iman,kesabaran,ketabahan hati..
Teruslah bantu aku n bimbing aku mencari cintaMU..
Hadirkanlah insan2 yg terus membantu aku n memberi semangat kpdku..
Semoga ape yg ENGKAU berikan padaku ini,menguatkan lagi iman ku pdMU..InsyaAllah..
Kali ini aku menitis airmata kegembiraan n kebahagiaan..semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat kami…insyaAllah..
Makbulkanlah doa2ku..aminn..

Banyak yang aq pelajari hari ini...erti penghargaan...dihargai & menghargai...kasih-sayang...persahabatan...
Kepada insan yg bernama sahabat...semoga dalam lindungan Allah s.w.t sentiasa....

Friday, January 7, 2011

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

BUBUR ASYURA 11

bahan :
1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung manis
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan

cara
1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

BUBUR ASYURA 1

Bahan: 
1/2 kilo gm beras, basuh ..rendam kejap dan dikisar halus
1 kg gula pasir ]
1 kg gula merah ] masak dan tapiskan
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu

Cara

1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati.
2. Campurkan air gula yang siap ditapis.
3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan terb a b i t lambat empuk.
4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.
5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula �lekang� dari periuk bermakna bubur itu sudah masak.

NOTA:
Bubur ni untuk jumlah yang banyak...kalau nak buat untuk keluarga kecil...just buatlah anggaran kita sendiri...SELAMAT MENCUBA...

Ya alllah...kenapa dia menipu lagi???

Astaghfirullah...pagi2 Jumaat aq ditipu lagi oleh org lulusan Mesir ni...pada halnya...semasa perhimpunan pagi baru jer ustaz beri tazkirah kpd pelajar ttg dosa-pahala...balasan syurga-neraka...
ya allah ya tuhan ku...engkau sedarkanlah insan ini agar berubah...sesungguhnya...aq amat kasihan akan insan ini kerana setelah tahun baru hijrah dan tahun baru masihi muncul tetapi sikapnya masih tidak berhijrah...ilmu agamanya tinggi belajar sampai ke timur tengah tetapi tidak diaplikasikan utk dirinya...sekadar bekerja utk mendapatkan gaji bulanan....kasihanilah dia ya allah...
Kasihan akan anak2nya yg memiliki seorg ibu yg bsikap sedemikian rupa utk mendidik...mengasuh & membesarkan mereka....Ampunkanlah dia ya allah!!!


















Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji...wallahhua'lam...



Saturday, January 1, 2011

Selamat Ulang Tahun Abang...

Selamat ulang tahun for my BELOVED hubby...

Hari ini usiamu telah bertambah satu...
Tiada hadiah istimewa dariku, selain untaian doa yg dpt ku kirimkan buatmu sahabat…kekasih & suamiku
Semoga ALLAH senantiasa mendampingi jalan hidupmu
Kebahagiaan selalu menyertaimu…panjangkan usiamu berserta kesihatan yg sihat walafiat dlm meniti usia...
Dan sejatinya kedewasaan akan semakin berlabuh di jiwamu
Selamat ulang tahun suamiku yang tercinta…Semoga engkau semakin kuat mengharungi terjalnya hidup ini…Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu