Islamic Widget

Thursday, November 22, 2012

Agar-agar Koktail



Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar (10gm)

200 gm gula castor

650 ml air

250 ml susu cair

1 tin koktail buah-buahan (tapis & buang air)

Cara membuatnye :

~ Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk, jerang sehingga agar-agar dan gula larut

~ Masukkan pula susu cair & biar mendidih

~ Setelah mendidih, tutup api & masukkan koktail buah-buahan

~ Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan pilihan, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais

SELAMAT MENCUBA.....

Friday, November 16, 2012

Kuih Kaswi

KASWI PANDAN

   

Bahan :

2 cwn tpg gandum

1/2 cwn tpg ubi

1 1/2 cwn gula~klu suka manis boleh tmbh lg

4 cwn air termasuk air daun pandan dn santan

1/2 cwn santan

sedikit air daun pandan agak2 jer+perwrn hijau sikit

sedikit kapur

sedikit garam

kelapa putih gaul sedikit garam dn kukus 15 minit bg tahan kelapanya tak mudah basi

CARANYA

1-blend daun pandan,ambik airnya..satukan bhn yg lain kacau biar serata dn tapis

2-panaskan air kukusan,sapu sedikit minyak pd loyang kukus selama 1/2 jam hingga masak
   
KASWI GULA MERAH

BHNNYA

2 cwn tpg gandum

1/2 cwn tpg ubi

1 cwn gula pasir

1 cwn gula merah

4 cwn air

sedikit kapur dn garam

sedikit kelapa putih bubuh sikit garam kukus 15 minit bg tahan kelapa tak mudah basi

CARANYA

1-satukan bhn2 semuanya..bila dan sebati tapiskan

2-panaskan air kukusan sapukan minyak pd loyang kukuskan 1/2 jam spai masak

~~ selamat mencuba ~~

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :D

Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua keluarga, para sahabat dan kenalan yang dihormati  semoga segala kebaikan dan keberkahan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MahaPencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini?? Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]