Islamic Widget

Tuesday, October 8, 2013

KEK PISANG





BAHAN2:

1/2 cawan minyak canola atau butter cair

1 cawan gula
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sdk baking soda
4 biji pisang masak (berangan / emas)
1/2 sdk Serbuk kayu manis (penyedap rasa)
Esen Vanila / pisang

Panaskan oven 180 degrees celcius.

Dalam bekas mangkuk adunan, pukul telur, gula dan butter cair / minyak canola hingga kembang. Ayakkantepung dan baking soda bersama-sama dan masukkan tepung kedalam adunan dan pukul adunan itu hingga sebati. Masukkan esen vanila / pisang kedalam adunan. Taburkan serbuk kayu manis dan kacau rata.

Dalam bekas mangkuk bersaiz kecil, lecek pisang dengan pelecek. Campurkan pisang yang telah dilecek kedalam adunan kek dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan adunan kek ke dalam bekas kek yang telah digris dengan butter dan sedikit tepung. Bakar kek selana 50 minit sehingga perang keemasan. Sejukkan diatas redai kek dan boleh lah dihidangkan.

Kueteow Ladna

Untuk makan 4-5 orang

sebungkus kueteow- cuci terlebih dahulu
2 biji telur - pukul sket
3-4 sudu besar kicap (terpulang nak gne kicap lemak manis/kicap lemak masin-ikut cita rasa) 

*udang
*ayam
*daging
*fish ball
*fish cake
*sotong 
* suka hati nak letak byk mne(ikut cita rasa)

*sayur sawi
*bunga kubis
*carrot (potong mancis)
*baby corn
* sukati jugak nak letak banyak mne

1 sudu besar tepung jagung 
3/4 cawan air (bancuh dgn tepung jagung)
1 sudu besar- sos tiram
1 sudu kecil sos ikan (tak nak letak pun x per)
garam- secukup rasa 
1 ketul kiub ayam

lada hitam - 1/2 sudu (tumbuk)
bawang putih 2-3 ulas }tumbuk
bawang merah  - 3 ulas}tumbuk

** 5-6 tangkai cili api - jika nak pedas leh tambahkan bilangan cili (pecah2kan jer yer)


CARA2:
1.
Gaul kuew teow dengan sedikit kicap.Panaskan minyak sedikit dalam kuali (2-3 sudu besar), masukkan kuew teow...kacau sekejap...masukkan telur gorengkan sekejap anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam pinggan.



Kemudian, sediakan kuah....

1. tumis bawang yg ditumbuk/blend & cili api sampai wangi...kemudian masukkan daging 
2. Agak2 daging dah lembut masukkan kiub ayam, sos tiram,sos ikan carrot, putik jagung, bunga kubis, ayam, batang sawi dan sotong.Kemudian masukkan air secukupnya.Biarkan mendidih.

4.Masukkan garam, sawi dan udang.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.

5.Setelah siap, tuangkan ke atas kuew teow tadi.


***cara hidang: masukkan kueteow dalam mangkuk dan letak kuah. Then 
letak cili merah yg dihiris...daun sup..daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan...klu ske boleh hiriskan limau nipis/limau kasturi.


kuah akan bertukar kaler sket sbb kueteow tadi digaul dgn kicap. makan masa panas2 fuuuuhhh... syodap..

          



Saturday, October 5, 2013

Roti Pita + Spicy Black Pepper Chicken



Bahan2nya
500gm isi ayam di potong dadu
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inch halia
bahan di atas dikisar halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis dan putih
1/2 sudu teh serbuk kunyit
dua sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Gaulkan rempah2 serbuk pada isi ayam
Minyak untuk menumis
5 keping Roti Pita
Timun dihiris2
2 biji tomato di hiris2

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, tuangkan bahan2 bawang kisar, goreng hingga ia bangkit baunya, letakan isi ayam yang berempah, lobak merah hiris & cendawan butang goreng ayam hingga masak, letakan garam dan gula secukup rasa. Panaskan roti pita di oven selama 5mins.

Ambil sekeping roti yang sudah di bakar, belahkan dua, isikan roti dengan hirisan timun dan tomato letakan isi ayam goreng dan cili sos. Sajikan panas2 dengan salad timun & tomato.

Nasi Daging Simple



Bahan utama ( utk 6-8 org makan ):
~ 5 cawan beras basmathi atau beras biasa/wangi
Beras ni di basuh kemudian di rendam selama setengah jam, paling kurang 15 minit la.. lps stgh jam sila toskan airnya.. biarkan beras dlm periuk nasi..

Tapi kalau guna beras biasa takyah rendam..cme..basuh dan tos kan...faham!!! Meh buat langkah seterusnya.. ~ Daging di potong kiub(daging banyak pun takpe)elok daging batang pinang sbb cepat sikit empuk.


Bahan utk menumis di hiris nipis :
bawang merah
bawang putih
halia


bahan menumis 3-4 sekawan

Bahan2 lain :
1-2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin(minyak masak
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma ~ aku guna baba's
garam secukup rasa ~ aku guna 2 kiub pati ayam
air secukupnya..

Langkah pertama :

Dalam periuk , rebus daging kiub tadi bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma ... rebus sampai daging empuk.. air rebusan jgn di buang sbb nak gunakan utk memasak nasi..


Langkah seterusnya :


Dalam periuk lain pulak, masukkan butter dgn minyak sapi..



Tumis bhn hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.. tumis sampai layu..



Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri.. kacau rata..



Masukkan pula susu cair.. kacau lagi..



Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi.. korang jgn main tuang aje tau.. sukat dulu airnya.. guna pot sukatan beras td, ambik air rebusan dlm 6 pot saja kalau guna beras basmathi la kan..

Tapi kalau guna beras biasa, just ambik 5 pot air rebusan daging tu aje.. dagingnya jgn lupa sauk sekali tau.. hehehhe..

Pastu masukkan 2 kiub pati ayam knorr.. dah settle proses pencampuran sila tutup api.. takyah tunggu menggelegak pun..



Tuang terus ke dalam periuk nasi yg berisi beras td... masak nasik mcm biasa.. utk beras basmathi, level sukatan air bg 5 pot beras adalah di nombor 7..



Siappppp... masa nak gembur2kan nasi tu sila guna garpu.. baru lawa sikit hasilnya..

Makaroni Bakar


Bahan :

1peket makaroni elbow (direbus dulu ye) 1/2tin susu cair marrigold 250gm daging segar (dipotong kecil & direbus dulu ye) 1peket kecil rempah kari daging babas (dicampur sedikit air dr stok dgg td ye) Setangkai daun kari (diracik halus) 3bj bawang besar/bwg holland (diracik halus) 3ulas bwg putih (diracik halus) 1/2inci halia (diracik halus) 2sb cili mesin 1sk perahan air lemon 1batang lobak merah (disagat pjg2 ye) 1btg celery (dipotong kecil) daun sup & daun bawang (dipotong kecil) 1bj lada benggala (dipotong pjg2) serbuk lada hitam garam & gula secukup rasa 4bj telur (dipukul kembang ye) parutan keju Cheddar (sbg hiasan)

Cara buat : Tumiskan bwg besar + bwg putih + halia hingga naik baunya. Masukkan rempah kari + cili mesin. Masukkan pula daun kari. Tumis hingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan daging dan perahan lemon. Gaul sebati dan biar seketika.

Masukkan pula susu cair. Letakkan garam + gula secukup rasa. Sebatikan semua bahan. Biarkan ia mendidih.

Masukkan makaroni + lobak merah + celery + lada benggala + daun bwg + daun sup + serbuk lada hitam. Sebatikan kesemua bahan.

Padamkan api. Tuangkan terus ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak zaitun. Ratakannya di dalam loyang.

Tuangkan telur ke atasnya. Tekankan dengan sudu supaya makaroni padat di dalam loyang sebelum dibakar.

Akhir sekali, taburkan keju di atasnya sebagai hiasan.

Bakar pada suhu 180C selama 40minit.

Siap! Hidangkan panas2!

Selamat Mencuba!

BINGKA LABU



Bahan2:
2 cwn labu direbus dan dilenyek.

2 cwn santan pekat.

21/2 cwn tepung gandum.

2 sudu mkn majerin.

3 biji telur dipukul.

1 cwn gula.

Cara2:
Labu direbus ditapis dan dilenyek ketika pns dgn sedikit garam dan majerin.

Didlm bekas berlainan mskkan tepung dan santan, kacau sebati

. Mskkan telur, gula dan labu yg tlh dilenyek.

Tuang adunan dlm loyang yg tlh disapu majerin.

Bakar suhu 180' c. Selama 50 minit.

Kemudian 5 minit lg guna api atas supaya nmpk garing dibahagian atas.

Selmt mencuba
.

Tuesday, October 1, 2013

Popia Basah

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - diparut halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***

15 tangkai cili kering- tun guna 3 sb cili giling
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan leserkan ke atas kuali leper
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti...lipat macam biasa dan gulung