Islamic Widget

Monday, July 11, 2011

Roti Jala

Bahan-bahan :~

  • ~ 1/2 kampit tepung gandum (500g)
  • ~ 1 sudu teh garam
  • ~ 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • ~ 500 ml susu segar ( 1 botol kecil )
  • ~ 3 biji telur(dipukul sedikit tak yah sampai kembang)
  • ~ 500 ml air ( sekiranya semasa menyediakan  
  •    adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • ~ 2 sudu besar mentega (dicairkan)
  • ~ minyak masak (untuk melenser)

Cara-cara:~

~  Ayak tepung, garam dan 

   serbuk kunyit ke dalam   

   mangkuk besar. Buatkan  

   lubang di tengahnya. 

   Tuangkan susu, telur, 

   separuh daripada air dan 

   setengah mentega cair ke 

   dalamnya. Gunakan pemutar 

   belon / balloon whisk untuk 

   membancuh. Masukkan baki 

   air dan mentega hingga 

   adunan tidak bergentel. 

   Tapis dgn penapis halus.

   (kacau biasa pun boleh bagi 

   sebati then tapis kalau tak de 

   pemutar)

~ Biarkan  adunan selama 20-

   30 minit.

~ Panaskan kuali leper non-

   stick atas api sederhana 

  (Kalau tak de kuali non-stick 

  pakai jer kuali biasa pun 

  boleh). 

~ Kemudian lenserkan sedikit 

   minyak panas dgn berus 

   lenser atau daun pandan yg 

   disimpul. 

~ Isikan adunan ke dlm 

   acuan roti jala dan pusing 

   dlm bentuk bulatan acuan 

   tadi untuk membentuk 

   juraian roti jala.    

~ Biarkan masak ttpi jangan 

   sampai keperangan.

~Then lipat bentuk tiga segi atau boleh gulung 
   macam kuih ketayap





*** Boleh makan bersama kari ayam/daging atau 
      dgn kuah durian pun sodaaap ((^_^)