Islamic Widget

Tuesday, December 11, 2012

NASI MANDI AYAM,ROTI ARAB DAN YOUGURT


Bersama chef Ammar El Ali yang berasal dari Palestin... NASI MANDI AYAM,ROTI ARAB DAN YOUGURT

Bahan-Bahan:

Beras Basmati - 3 Cawan
Isi Chicken (Dipotong Kepada ½) - 3 Keping
Ghee - 4 Sudu
Bawang Besar (Dihiris) - 2 Biji
Tomato (Didadu) - 4 Biji
Pes Tomato - 2 Sudu
Cili Hijau (Dipotong) - 4 Batang
Lemon Kering (Boleh Didapati Di Kedai Arab) - 2 Biji
Daun Bay - 4 Helai
Buah Pelaga - 8 Biji
Kulit Kayu Manis - 2 Batang 2.5 cm X 2
Lada Hitam - 10 Biji
Garam - 1 Sudu Teh

Yogurt:-
Yogurt - 500 Gram
Minyak Zaitun - 3 Sudu
Paprika - Ditabur di atas

Roti Arab:-
Tepung - 500 Gram
Lemak Sayuran - 80 Gram
Garam - ½ Sudu teh
Serbuk Penaik - 1 ½ Sudu teh
Air Suam - Diperlukan untuk membuat doh

Thursday, December 6, 2012

PAHALA ISTERI

Isteri adalah ketua pentadbir di dalam rumah, dalam erti memberi sumbangan yang amat besar dalam melayan keperluan suami sama ada keperluan zahir mahupun batin. Isteri yang mengetahui hakikat ini akan bertindak bijak dengan mengerahkan segala daya dan upaya untuk megabdikan dirinya kepada suami, berbuat baik dan melayan suami, demi untuk memperolehi cinta yang tulus dari suami yang dikasihinya. Berikut adalah beberapa langkah untuk mendapatkan cinta suami, dengan merujuk kepada Hadith Rasulullah.

Layan suami dengan baik dapat pahala jihad
Rasulullah menyebut dalam hadith bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad.
Jihad adalah sebuah amalan yang paling besar di dalam islam. Tidak ada pahala yang lebih melainkan pahala jihad. Orang yang mati di dalam berjihad adalah mati syahid, tidak melalui zaman perhisaban, melainkan terus masuk ke dalam syurga.

Menjaga adab rumah tangga
Rasulullah menyebutkan bahawa mana-mana wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yagut.
Demikian hebatnya pahala menggalakkan suami pergi berjihad, disamping mendapat pujian dari suami, juga akan masuk syurga lebih dari suaminya, dan akan mengetuai ribuan malaikat dan bidadari. Sungguh mulia kedudukan wanita yang solehah.

Menjaga solat dan mentaati suami
Rasulullah menyebutkan bahawa wanita yang menjaga solatnya, puasa dan taat pada suami, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka. Bayangkan, betapa indahnya menjadi isteri yang solehah, yang diizinkan oleh Allah masuk syurga dari pintu mana sahaja yang ia suka. Satu bentuk penghormatan yang diberikan Allah kepada kaum wanita kerana ketaatan mereka kepada suami.

Melayan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solatRasulullah mengatakan, kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat. Pahala sebegini banyak tentulah menunjukkan kasih sayang Allah kepada wanita yang melayan suami dengan ikhlas tanpa khianat sedikitpun, sama ada semasa suaminya di rumah mahupun di luar rumah.

Picit suami
Sabda Rasulullah bahawa wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 lapis emas dan wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 lapis perak.
Memicit suami apabila ketika suami baru pulang dari pejabat dan tentunya sangat letih, maka ketika itu terasa nikmat tangan isteri yang memicit kaki suaminya dengan penuh kasih mesra dan kasih sayang. Wajarlah kalau Allah memberikan pahala yang cukup besar kepada wanita yang dengan ikhlas memicit kaki suaminya.

Mendapat keredhaan suami
Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga. Demikian janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami meredhainya, maka ia dijamin syurga.

Isteri yang melihat suami dengan pandangan sayang
Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang dan suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat.
Pandangan kasih seorang isteri kepada suaminya dan begitu pula sebaliknya, merupakan pahala di sisi Allah. Oleh itu lama seorang isteri memandang wajah suaminya dengan kasih sayang dan lemah lembut, semakin besar rahmat Allah akan turun kepadanya.

Meredakan kemarahan suami dapat separuh pahala jihad
Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dapat separuh pahala jihad.Kemarahan suami adalah kemarahan yang boleh mencetuskan kerenggangan di dalam rumahtangga. Oleh itu kemampuan isteri meredakan kemarahan suami merupakan karya besar bagi membunuh sifat iblis yangsedang menguasai suami, sehingga Allah menjanjikan separuh pahala jihad bagi isteri yang layan suami walaupun suaminya sedang marah.

Thursday, November 22, 2012

Agar-agar Koktail



Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar (10gm)

200 gm gula castor

650 ml air

250 ml susu cair

1 tin koktail buah-buahan (tapis & buang air)

Cara membuatnye :

~ Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk, jerang sehingga agar-agar dan gula larut

~ Masukkan pula susu cair & biar mendidih

~ Setelah mendidih, tutup api & masukkan koktail buah-buahan

~ Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan pilihan, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais

SELAMAT MENCUBA.....

Friday, November 16, 2012

Kuih Kaswi

KASWI PANDAN

   

Bahan :

2 cwn tpg gandum

1/2 cwn tpg ubi

1 1/2 cwn gula~klu suka manis boleh tmbh lg

4 cwn air termasuk air daun pandan dn santan

1/2 cwn santan

sedikit air daun pandan agak2 jer+perwrn hijau sikit

sedikit kapur

sedikit garam

kelapa putih gaul sedikit garam dn kukus 15 minit bg tahan kelapanya tak mudah basi

CARANYA

1-blend daun pandan,ambik airnya..satukan bhn yg lain kacau biar serata dn tapis

2-panaskan air kukusan,sapu sedikit minyak pd loyang kukus selama 1/2 jam hingga masak
   
KASWI GULA MERAH

BHNNYA

2 cwn tpg gandum

1/2 cwn tpg ubi

1 cwn gula pasir

1 cwn gula merah

4 cwn air

sedikit kapur dn garam

sedikit kelapa putih bubuh sikit garam kukus 15 minit bg tahan kelapa tak mudah basi

CARANYA

1-satukan bhn2 semuanya..bila dan sebati tapiskan

2-panaskan air kukusan sapukan minyak pd loyang kukuskan 1/2 jam spai masak

~~ selamat mencuba ~~

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :D

Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua keluarga, para sahabat dan kenalan yang dihormati  semoga segala kebaikan dan keberkahan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MahaPencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini?? Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]



Monday, October 8, 2012

Resipi Bread & Butter Pudding





Bahan-Bahan:

1 bungkus roti (gardenia pack panjang, kalau stale pun boleyyy.)

4 biji telur

1 cawan gula putih

1/2 sudu teh vanilla essence

1/2 sudu teh serbuk kayu manis

1/2 sudu teh serbuk kayu manis

4 sudu teh butter, melted and cooled.

4 cawan fresh milk atau light cream.

Sedikit orange marmalade.


Caranya:

1. Panaskan oven pada 160C.

2. Grease satu baking dish berukuran 10.5" x 7.5" atau dua 8" x 6" dish.

3. Buang kulit roti dan potong ikut suka dan susun dalam greased dish. Taburkan raisins atau apa2 dried fruits di
antara susunan roti.

3. Sediakan custard: Beat eggs & sugar on high speed until thick (about 4-5 minutes)

4. Add vanilla, serbuk kayu manis & serbuk kayu manis. Then beat in butter cair yang sudah disejukkan tadi serta susu segar.


5. Gunakan senduk, tuang custard dalam dish sehingga menutupi roti. Biarkan dalam 10 minit supaya custard dan
roti meresap sebati.


6. Letakkan dish roti dalam dulang pembakar dan tuang air sehingga separuh ketinggian dulang (bain-marie)

7. Bake selama 1 jam atau test masak dengan tooth-pick.

8. Sapu orange marmalade atas roti dan bakar lagi 5 minit ~ jika suka

Sos Steambot





Sos steamboat:

6 biji cili merah

15- 20 biji cili api

air asam jawa

3 sudu gula merah

3 sudu gula putih

garam

1 labu bawang putih

semua bahan ni kisar hingga halus dan campurkan 1/2 - 1 cawan air kemudian masak atas api hingga pekat.

bila dah masak masukkan daun ketumbar yg dihiris halus dan bijan goreng.

** Daun ketumbar sangat penting utk membangkitkan rasanya...

Monday, October 1, 2012

Kuih Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan ( Satu loyang )


Bahagian bawah:

500g ubi kayu - diparut dan tapis airnya (biarkan airnya sekejap dan ambil bahagian putihnya yang mendap)

4 sb tepung ubi

1 cawan gula

1 1/4 cawan santan

Pewarna kuning

Bahagian atas:

3 cawan santan pekat

1 cawan tepung gandum

2 sb tepung jagung

Secubit garam

Cara-cara


Panaskan kukusan.Sebatikan semua bahan untuk bahagian bawah.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Campur semua bahan bahagian bawah dan sebatikan.Boleh juga diblend sebentar semua bahan tersebut hingga sebati.

Masukkan adunan tersebut diatas bahagian pertama yang telah masak tadi.Kukus selama 20 minit.

Buka penutup kukusan dan kukus lagi tanpa penutup kukusan selama 10 minit.Ini adalah supaya bahagian atas permukaan kuih menjadi kering dan tidak berair.

Biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.

Friday, July 27, 2012

Ayam Belanda Bakar

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam turki-potong kecik
  • 1 botol sos Master Food
  • 6 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit lada hitam
  • 2 biji ubi kentang di potong kecil 
Cara-cara
  1. Tumbuk/kisar bawang putih, halia dan lada hitam.
  2. Basuh ayam belanda bersih-bersih dan toskan. 
  3. Campurkan bersama sos Master Food dan perap 1/2 jam.
  4. Goreng ubi kentang sebentar dan campurkan kat perapan ayam turki. 
  5. Bakar dalam masa 1 jam suhu 200C .(bergantung kepada oven masing-masing)

Monday, July 23, 2012

Cara Solat Terawih & Witir...(solat sendiri)


Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat. Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).
Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalamhadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail). Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.
Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.
Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.
Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

Lafaz niat:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)




 SOLAT SUNAT WITIR 
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"



Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :





Doa Solat Witir
 "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


okey kekwn..pham tak? cam ustazah tak?? tak layak pun... just share something.... ok...diringkaskan...law kita nak wat sendiri...
2 + 2 + 2 + 2 = terawih... or leh gak wat 20rakaat...
kemudian....
2 + 1 = witir... or leh wat angka2 ganjil(1, 3, 5, 7.....)...1rakaat pun leh...mesti diakhiri 1 rakaat utk ganjilkan ok..
tapi witir ni..law wat 3 rakaat..tak leh wat sama cam maghrib ok...
di sini sedikit penerangan sal witir ok...


Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :

لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)
Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :

لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

sekadar ni jer perkongsian bersama...
moga dapat keberkatan pd bulan yg mulia ini... :)
sebarang salah silap mohon tunjuk ajar....



Tuesday, June 19, 2012

Aq Bersyukur Ya Allah " ^_^ "

syukur~ syukur~ syukur ya Allah~
syukur~ alhamdulillah~ syukur!
alhamdulillah.. syukur sangat tak terkata..
Tanggal 19 Jun 2011 (Ahad) merupakan Hari Bapa...pada tanggal ini jge
aq & my my hubby mengalami kemalangan dahsyat...kereta kami rosak teruk namun alhamdulillah...bersyukur sangat2 kepada Mu ya Allah kerana kami cuma mengalami cedera ringan...aq rse seperti mendapat hidup baru...umpama mati hidup semula bila terkenangkan kembali kejadian tersebut....
Aq tidak tau bagaimana utk menzahirkan syukurku ya Allah...kerana bisa bernafas...bisa melihat bulan-bintang-pelangi dan matahari....bisa melihat dan menguruskan anak2...

Friday, June 15, 2012

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan keli-dibasuh bersih, kemudian disalai. Salai sampai masak~ Ikan dibolak-balik supaya masaknya merata.
  • 2 batang rebung dipotong~ikut ler nak potong camaner2 pun.
  • 15 biji cili api ~ nak lebih pun boleh (dikisar halus)
  • 1 biji bawang merah ~ dikisar halus
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air.
  • Asam keping~ikut kesesuaian dgn rasa.


Cara-caranya:

  • Masukkan air,santan cair,bahan yg dikisar,rebung,asam keping dan ikan keli ke dalam periuk.Masak sampai mendidih, then baru masukkan santan pekat n garam secukup rasa.Biarkan seketika baru padamkan api.


Thursday, May 10, 2012

Photo: Nasi Kerabu

Memang bestlah kak Rozilah Abdullah...Jasmine Comel...nyumm2..tp saya x buat tumis (nasi kerabu)
Copy paste dari wall jasmine je ye..

Bahan2 :

4 pot beras (guna beras wangij
jasmine white)
5 pot air-bergantung beras m
3 helai daun limau purut-koyak2kan
3 helai daun pandan-simpul
Sedikit pewarna biru
Noor Dz Salleh tmbh sedikit garam + kiub pati ayam)

Cara

Beras dibersihkan dan di tanak seperti biasa bersama-sama daun pandan, daun limau purut dan sedikit pewarna biru.

SAMBAL KELAPA IKAN

5 ekor ikan kembung@ikan sardin
5 biji bawang merah
Sehiris halia
3 batang serai
1/2 biji kelapa
10 biji lada hitam(boleh letak lebih sekiranya suka)
Garam
Gula(sy juga letak gula nisa spt kak Rozie)

Cara

1) Goreng kelapa spt buat kerisik tp jgn terlalu garig.
2)Tumbuk kelapa bagi halus (guna pengisar kering) tapi jgn bg keluar minyak
3)Bakar@rebua ikan.asingkanisi ikan ketepikan.sy sangai isi ikan hingga jadi spt kapas (yg ini sy ikut)
4)Tumbuk bawang merah,halia,garam dan sedikit gula hingga lumat dan sebati.
5)Masukkan semua bahan2 ni dalam kuali bersama ikan yg telah disangaidan sangai lagi hingga kering.Rasakan garamnya.ketepikan.

TUMIS( kuah nasi kerabu) (Noor Dz x buat...x sempat..dah kelaparan...heheh)

Santan pekat dr sebiji kelapa
5-8 ulas bawang keci
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara

1)Semua bahan ini dikisar hingga lumat kecuali serai.
2)Masukkan semua bahan kisar dalam periuk tumis bahan kisar hingga wangi dan cilinya masak.
3) Masikkan serai yg diketuk tadi
4)Masukkan asam keping,gula dsn garam
5)Didihkan dengan api ysng pelahan hingga masak.

AIR LADA

cili padi -ikut nak letak byk mana .jika suka pedas ltk lebih
Garam
Gula
Cuka
Air

Cara

Campurkan semua bahan dan kisar.
Jika suka boleh didihkan sebentar.

SOLOK LADA

10 biji cili hijau dibelah jgn putus dan dibuang biji
1/2 buji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
Sehiris halia
2 ekor ikan kembungambil isinya sahaja
Sedikit garam dan gula
1/2 cawan santan pekat

Cara

1)Tumbuk bawang,halia hingga lumat.masukkan garam,gula dan akhir sekali ikan.tumbuk lagi hingga lumat
2) Campurkan kedalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan kefalam lada tang telah dibusng biji tadi.
4)Susunkan je dalam periuk.Tuangkan santan dan rebus hingfa jering.

IKAN CELUP TEPUNG

5 ekor ikan dibersihkan
1/2 cawan tepung beras
Sedikit air kapur
Sefikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara

1)bancuh tepung beras ,garam bersana air kapur,serbuk kunyitdan air secukupnya.pekat cairnya seperti menggoreng pisang
2)Panaskan minyak untuk menggoreng.
3)Celupkan ikan kedalam bancuhan tepubg dan goreng hingga masak

ULAM ULAMAN

-kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 batang bunga kantan
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemagi
5 batang kacang panjang
Beberapa helai daun serai kayu (daun salam)
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk (jika suka)
1 mangkuk kecil taugeh-buang ekor

CARA HIDANG

1)Sendukkan nasike dalam pinggan.Letakkan sedikit dambal kelapa,cili padi jeruk (air lada),kuah tumis,budu,diakhiri ulam.Gaul rata-rata bolehla dihidangkan bersama lauk pauk yg sesuai spt solok lada,telur masin,keropok goreng,daging bakar,ayam bakar,ayam goreng berempah dan juga ikan goreng celup tepung.
Bahan2 :

4 pot beras (guna beras wangij
jasmine white)
5 pot air-bergantung beras m
3 helai daun limau purut-koyak2kan
3 helai daun pandan-simpul
Sedikit pewarna biru
Noor Dz Salleh tmbh sedikit garam + kiub pati ayam)

Cara

Beras dibersihkan dan di tanak seperti biasa bersama-sama daun pandan, daun limau purut dan sedikit pewarna biru.

SAMBAL KELAPA IKAN

5 ekor ikan kembung@ikan sardin
5 biji bawang merah
Sehiris halia
3 batang serai
1/2 biji kelapa
10 biji lada hitam(boleh letak lebih sekiranya suka)
Garam
Gula Nisan(Gula Melaka)

Cara

1) Goreng kelapa spt buat kerisik tp jgn terlalu garig.
2)Tumbuk kelapa bagi halus (guna pengisar kering) tapi jgn bg keluar minyak
3)Bakar@rebus ikan.asingkan isi ikan ketepikan(sangai isi ikan hingga jadi spt kapas pun boleh jge)
4)Tumbuk bawang merah,halia,garam dan sedikit gula hingga lumat dan sebati.
5)Masukkan semua bahan2 ni dalam kuali bersama ikan yg telah disangaidan sangai lagi hingga kering.Rasakan garamnya.ketepikan.

TUMIS( kuah nasi kerabu)

Santan pekat dr sebiji kelapa
5-8 ulas bawang keci
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara

1)Semua bahan ini dikisar hingga lumat kecuali serai.
2)Masukkan semua bahan kisar dalam periuk tumis bahan kisar hingga wangi dan cilinya masak.
3) Masikkan serai yg diketuk tadi
4)Masukkan asam keping,gula dsn garam
5)Didihkan dengan api ysng pelahan hingga masak.

AIR LADA

cili padi -ikut nak letak byk mana .jika suka pedas ltk lebih
Garam
Gula
Cuka
Air

Cara

Campurkan semua bahan dan kisar.
Jika suka boleh didihkan sebentar.

SOLOK LADA

10 biji cili hijau dibelah jgn putus dan dibuang biji
1/2 buji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
Sehiris halia
2 ekor ikan kembungambil isinya sahaja
Sedikit garam dan gula
1/2 cawan santan pekat

Cara

1)Tumbuk bawang,halia hingga lumat.masukkan garam,gula dan akhir sekali ikan.tumbuk lagi hingga lumat
2) Campurkan kedalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan kefalam lada tang telah dibusng biji tadi.
4)Susunkan je dalam periuk.Tuangkan santan dan rebus hingga jering.

IKAN CELUP TEPUNG

5 ekor ikan dibersihkan
1/2 cawan tepung beras
Sedikit air kapur
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara

1)bancuh tepung beras ,garam bersana air kapur,serbuk kunyitdan air secukupnya.pekat cairnya seperti menggoreng pisang
2)Panaskan minyak untuk menggoreng.
3)Celupkan ikan kedalam bancuhan tepubg dan goreng hingga masak

ULAM ULAMAN

-kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 batang bunga kantan
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemagi
5 batang kacang panjang
Beberapa helai daun serai kayu (daun salam)
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk (jika suka)
1 mangkuk kecil taugeh-buang ekor

CARA HIDANG

1)Sendukkan nasike dalam pinggan.Letakkan sedikit dambal kelapa,cili padi jeruk (air lada),kuah tumis,budu,diakhiri ulam.Gaul rata-rata bolehla dihidangkan bersama lauk pauk yg sesuai spt solok lada,telur masin,keropok goreng,daging bakar,ayam bakar,ayam goreng berempah dan juga ikan goreng celup tepung

Ikan Bakar Bersambal


Bahan-bahan:

1 ekor ikan (bawal/merah/kembung/siakap/pari/patin/keli/talapia)
1-2 batang serai-diketuk
daun limau purut-dihiris halus (kalau tak nak tak pun tak per...takde masalah)
daun pisang dan aluminium foil

Bahan untuk dikisar

5 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
cili api~ikut kesesuaian tahap pedas yg nak
5 biji bawang merah ~ bawang besar pun boleh (sebiji yg besar ok laa...)
3 ulas bawang putih
Belacan~ikut kesesuaian dgn bahan
Sedikit air asam jawa (pekat)
Garam secukup rasa
sedikit gula melaka (kalau nak masukkan...kalau tak nak pun tak per)

Cara-caranya :- 

Panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam (minyak sket jer...)
Letakkan daun pisang di atas aluminium foil then letakkan separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi dan bungkus dgn daun pisang dan foil.
bakar dengan api sederhana hingga ikan betul2 masak (ikan kecil/sederhana dlm 20-30 minit...kalau ikan besar dlm 45 minit).
hidangkan dengan air asam atau cili berkicap

*** Kalau nak tak sambal dlm ikan pun boleh dan separuh lagi lumurkan pada bagian luar then bungkus dgn daun pisang n aluminium foil.

Sunday, January 1, 2012

Usiamu meningkat Lagi~Selamat Ulang Tahun Abang :D



Buat Insan yang penuh dengan cinta, kasih dan sayang.


Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan aku ruang dan waktu utk menyampaikan ucapan hari lahir buat suami tercinta, doaku ku tujukan khusus utkmu.

Tika sujud yang panjang aku sentiasa memohon pd-Nya agar dipanjangkan usia abang serta dianugerahkan kesihatan yg sihat walafiat serta dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Doaku...semua yang terbaik buat abang...dunia dan akhirat. Moga aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa hingga ke hujung nyawa. Moga Allah berikan kekuatan dan bekalkan ketenangan buat abang walau dalam apa jua situasi...





Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih memberi peluang kpd suamiku untuk bersama2 aku dan anak2 kami hingga tika dan saat ini.

Terima kasih abang kerana hadirmu begitu bermakna....Selamat Ulang Tahun Abang....Luv U So Much