Islamic Widget

Sunday, January 1, 2012

Usiamu meningkat Lagi~Selamat Ulang Tahun Abang :D



Buat Insan yang penuh dengan cinta, kasih dan sayang.


Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan aku ruang dan waktu utk menyampaikan ucapan hari lahir buat suami tercinta, doaku ku tujukan khusus utkmu.

Tika sujud yang panjang aku sentiasa memohon pd-Nya agar dipanjangkan usia abang serta dianugerahkan kesihatan yg sihat walafiat serta dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Doaku...semua yang terbaik buat abang...dunia dan akhirat. Moga aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa hingga ke hujung nyawa. Moga Allah berikan kekuatan dan bekalkan ketenangan buat abang walau dalam apa jua situasi...





Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih memberi peluang kpd suamiku untuk bersama2 aku dan anak2 kami hingga tika dan saat ini.

Terima kasih abang kerana hadirmu begitu bermakna....Selamat Ulang Tahun Abang....Luv U So Much