Islamic Widget

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :D

Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua keluarga, para sahabat dan kenalan yang dihormati  semoga segala kebaikan dan keberkahan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MahaPencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini?? Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]



No comments: