Islamic Widget

Monday, March 14, 2011

Mi Kari


Bahan-bahan ( 4 -5 orang )
  • Sebungkus mi kuning, dicelur dan tos.
  • Isi ayam dipotong dadu 1 mangkuk sedang
  • Isi kerang rebus/steam 1 mangkuk sedang
  • 2-3 bungkus serbuk kari daging
  • Santan 1 cawan
  • sepotong isi ikan kurau/talang
  • ikan bilis 1 cawan direbus then diblender
  • air asam jawa  & garam secukup rasa
  • kacang panjang - warna hijau terang dipotong 2cm
  • tauhu cina yang siap goreng (yg mcm span tu) dipotong dua
  • fish ball dan fish cake dipotong2

  • Bahan Untuk Hiasan :

  • Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dihiris nipis
  • bawang goreng, cili merah-hijau dihiris, limau kasturi belah dua, telur rebus, dauan bawang-saleri dan taugeh yg dicelur

  • Bahan tumisan:
  • minyak masak untuk menumis, 5 ulas bawang putih, 1 biji bwg besar, 2 inci halia ditumbuk lumat & 2 tangkai daun kari

Cara-cara :

  1. Celurkan mi dalam air mendidih dan tos, asingkan.
  2. Untuk kuahnya: Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bwg besar dan halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
  4. Masukkan ikan bilis yg direbus & diblender, isi ikan kurau/talang & air asam jawa, kacau sebati. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan, isi kerang, fish ball, fish cake & garam secukup rasa dan biar sekejap. Akhir sekali masukkan tauhu cina yg dipotong dua.
  6. Hidangkan mi yg diletakkan bahan hiasan tadi. Selamat mencuba!
  7. ***Anda juga boleh mengubah mana2 kandungan mengikut kesesuaian selera anda dan keluarga.

Sunday, March 13, 2011

Kurma Ayam / Daging

Bahan-bahan:
daging batang pinang (dipotong sedang)
minyak utk menumis
rempah kurma 

santan / susu cair
jus limau nipis/limau kasturi
ubi kentang } dibelah btk wedges
tomato } dibelah 4
2-3 biji bawang besar yg sederhana } dibelah 6-jangan putus
2 biji cili merah } dibelah 4 -  jangan putus
2 biji cili hijau } dibelah 4 -  jangan putus

~Daun bawang
~Daun Saleri

Bahan Penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang

bunga cengkih
buah pelaga

Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras

** klu ske boleh masukkan juga kas-kas@kismis hitam@prune

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 

    1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi dan 

    pecah myk .
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila naik 

    bau, masukkn daging/ayam dan kacau 3-4 minit 
    atau hingga kering airnya atau sehingga empuk.
4. Masukkn kentang..dan santan, kacau hingga 
    menggelegak  dan kentang empuk. besar yg di
5. Then masukkan bawang besar yg dibelah 6
5. Tambahkan garam + jus limau secukup rasa
6. Akhir sekali, masukkn tomato + cili merah + cili 

    hijau + daun bawang + daun saleri



***Jika santan digantikan dgn susu cair...susu cair 
      dimasukkan akhir sekali sebelum tomato + cili + 
      daun bawang + saleri

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

  • Bahan-bahan :
  • beras  (Klu dapat Beras AAA  lagi bagus)
  • air  (sukatan beras dan air sama banyak)
  • bekas nasi kukus
  • Daun pandan
  • Cara-cara
  • 1. isikan beras yg telah dibersihkan lebih kurang 3/4 
  •     penuh ke dalam bekas kukusan.
  • 2. isikan air ke dlm bekas yg berisi beras tersebut 
  •     sama byk dgn sukatan beras
  • 3. kemudian kukus nasi ini di dlm periuk pengukus, 
  •     kukus selama lebih krg 30 minit. (pastikan air dlm 
  •     periuk kukusan mendidih terlebih dahulu)
  • 4. Daun pandan disiat2 dan disimpul...boleh 
  •    dimasukkn ke dlm beras atau dlm air periuk 
  •    kukusan

  • ***Biasanya nasi kukus sedap dimakan dgn lauk      
  •       kurma, kari ayam dan ayam goreng berempah + 
  •       sambal belacan

  • Ayam Goreng Berempah
  • Bahan 
    1   ekor ayam [potong 8 dan bersihkan] 
    3   s/b rempah kari ayam/daging 
    3   s/b cili kering mesin 
    1   s/b serbuk kunyit 
    3   s/b tepung goreng ayam 
    3- 5 ulas bawang merah ] 
    2-4 ulas bawang putih ] mesin halus 
         halia ] 
    3-5 batang serai ] 
  • 2   s/t garam marsala
  •      daun kari
         garam 

  • Cara 
    1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 
  •     beberapa jam 
    2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga 
  •     garing. 

  • SAMBAL BELACAN 


  • Bahan 
    5   tangkai cili merah 
    20 tangkai ciliapi 
    1   biji tomato buah 
         belacan secukupnya
         garam secukup rse
    2   biji limau nipis/limau kasturi [ambil jusnya] 



  • Cara 
    1. Masukkan semua bahan kecuali tomato dan jus 
  •    asam limau ke dlm lesung then ditumbuk lumat
  • 2. Kemudian masukkan tomato yg telah dihiris 
  •     kecil...separuh lumat
  • 3. Masukkan jus limau dan rasakan masam dan 
  •     masinnya.


Thursday, March 10, 2011

Batas Aurat?!?..Siapakah Muhrim Kita...

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 sesungguhnya::
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.oleh itu melalui ayat diatas jelas diterangkan siapakah yang tergolong dalam muhrim bg seorang wanita iaitu disenaraikan ::
1. suami
2. bapa
3. Bapa mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami(anak tiri)
6. saudara lelaki(adik beradik lelaki)
7.Anak dari saudara lelaki atau saudara wanita(anak saudara/anak buah)
8. hamba yang dimiliki(zaman skrang tiada lg.)
9. Pembantu(lelaki yg tdak mmpunyai keinginan thadap wnita iaitu lelaki yg lmah akal, bingung, bdoh, lelaki kasim(kemaluan dptong) dan yg tdak mmpunyai syawat pd wanita)
10. Anak-anak(atau kanak2 kecil yg blum mngerti tentang aurat wanita, iaitu yg blum mngerti apa yg dmaksdkan bersetubuh..iaitu ank yg tlalu kcil)
11.saudara lelaki susuan.
12.bapa saudara dari sebelah bapa mahupun ibu..

Kesilapan umum yg wanita selalu mnyangkakan lelaki yg bkan muhrim sebagai muhrimnya kerana dgn sewenang-wenangnya mendedahkan aurat kepada mereka iaitu:
1. sepupu lelaki
2.suami kepada ibu saudara
3.abg ipar
5. adik ipar
6. sahabat yang kenal dr kecil

Kadangkala apabila waktu bertemu atau berkumpul dgn saudara-mara kita bersalaman dgn sume saudara-mara tanpa memikirkan muhrim@tidak kerana sudah TERbiasa dgn keadaan tersebut...batas aurat & peragaulan pun TERlupa utk dijaga..

Oleh itu..."BIASAKAN YANG BETUL" dan...."BETULKAN YANG BIASA"
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Surah Al A'raaf:Ayat 26

Oleh itu marilah sma2 kita megjaga kehormatan,maruah dan harta yang wajib kita jaga iaitu aurat...wanita ..sedarlah kita tak mungkin seorang muslimah dapat mempersiapkan sebuah keluarga berjaya dan mnjadi anak yang solehah kecuali jika kita benar2 mnjadi seorang muslimah sejati, yg kuat agamanya, berpegang kpd kalam Allah dan sunnah Rasul-Nya...Wallahualam...

Aurat dan Adab Berpakaian

Sehelai rambut wanita yang sengaja diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim
pun bertahun-tahun akan diseksa di alam neraka.. apatah lagi 17 helai atau 2789
helai atau leher atau betis yang sengaja didedahkan..atau lebih lagi.. Nauzubillah...


So.. apalagi..? Jom tengok senarai adab dan aurat yang perlu dijaga.

Umat Islam kini makin alpa dengan adab dan aurat yang sepatutnya dijaga malah
dituntut oleh Islam. Dan bagi wanita pula ramai yang keliru tentang aurat yang
mana boleh atau tidak boleh didedahkan. Malah masih ramai yang keliru dengan
SIAPA aurat ini perlu dijaga. Mari kita hayati adab-adab serta
batas aurat yang sudah lama dilupakan. Perkara asas dan fardhu ini, walaupun
telah diasuh sejak sekolah rendah, namun perkara ini akan dianggap sudah tidak
releven bila meningkat dewasa. Lebih-lebih lagi dengan trend terkini pakaian
yang patut dimuntahkan apatah lagi dipakai oleh seseorang yang bergelar Islam.

Adab berpakaian

1. Menutup aurat
2. Bentuk pakaian lelaki tidak meyerupai pakaian wanita atau sebaliknya
3. Sebaik-baik pakaian adalah yang meniru sunnah rasulullah s.a.w. Haram bagi
lelaki memakai sutera atau emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya
4. Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram
5. Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan
6. Pakaian dari jenis kain yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna
kulit
7. Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga - bunga
8. Memakai pakaian yang bersih
9. Sunat memakai wangi=wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama-sama
suami atau muhrimnya
10. Memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan
11. Haram memakai pakaian dari sutera asli atau emas khususnya bagi laki-laki
seperti mamakai rantai emas , cincin emas dan sebagainya tapi tidak mengapa
jika cincin perak sebab bukan lagi emas tulen
12. Tidak melabuhkan pakaian/seluar sehingga menutup dua buku lalinya bagi lelaki.
Ertinya tidak melabuhkan pakaian sampai menyapu jalan
13. Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya
dan melabuhkan sehingga kedadanya

Aurat lelaki

1. dihadapan lelaki ialah menutup sekurnag-kurangnya antara pusat dan lutut
2. di hadapan wanita yang halal dinikahi, sekurang-kurangnya antara pusat dan
lutut. Sebaik-baiknya menutup sebahagian besar badannya
3. di dalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Afdhalnya berpakaian
lengkap yang sebaik mungkin kerana mengadap Allah
4. bersama isteri tiada batas auratnya
5. ketika bersendirian menutup dua kemaluannya

Aurat wanita

1. di dalam solat seluruh tubunya kecuali muka dan tapak tangan
2. bersama wanita kafir, menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
3. di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka dan
tapak tangan
4. dihadapan suami tiada batasnya
5. ketika bersendirian antara pusat dan lutut

Wanita dilarang mendedahkan perhiasannya

Perhiasan wanita itu biasanya seperti gelang tangan , gelang kaki,kalung, anting-anting.
Barang-barang kemas ini biasanya dipakai pada anggota tubuh yang wajib ditutup
iatu lengan, betis, dada, leher dan kepala. Justeru itu wanita hendaklah menutup
leher dan dada dan berdosa membukakannya kepada lelaki yg bukan muhrimnya.

Mendedahkan perhiasan hanya boleh dilakukan kepada : (bila sebut perhiasan,
kadang2 ada yang lupa bahawa perkara itu terlibat secara langsung dengan aurat
seseorg wanita itu juga)

1. suami
2. ayah
3. ayah mertua
4. anak-anak
5. anak tiri
6. adik dan abang
7. anak saudara laki-laki
8. wanita rakan sejawat
9. hamba sahaya
10. kanak-kanak kecil yang belum bernafsu

Moga diberi kekuatan kepada kita semua untuk menjaga adab dan aurat sebaik
mungkin