Islamic Widget

Thursday, March 10, 2011

Aurat dan Adab Berpakaian

Sehelai rambut wanita yang sengaja diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim
pun bertahun-tahun akan diseksa di alam neraka.. apatah lagi 17 helai atau 2789
helai atau leher atau betis yang sengaja didedahkan..atau lebih lagi.. Nauzubillah...


So.. apalagi..? Jom tengok senarai adab dan aurat yang perlu dijaga.

Umat Islam kini makin alpa dengan adab dan aurat yang sepatutnya dijaga malah
dituntut oleh Islam. Dan bagi wanita pula ramai yang keliru tentang aurat yang
mana boleh atau tidak boleh didedahkan. Malah masih ramai yang keliru dengan
SIAPA aurat ini perlu dijaga. Mari kita hayati adab-adab serta
batas aurat yang sudah lama dilupakan. Perkara asas dan fardhu ini, walaupun
telah diasuh sejak sekolah rendah, namun perkara ini akan dianggap sudah tidak
releven bila meningkat dewasa. Lebih-lebih lagi dengan trend terkini pakaian
yang patut dimuntahkan apatah lagi dipakai oleh seseorang yang bergelar Islam.

Adab berpakaian

1. Menutup aurat
2. Bentuk pakaian lelaki tidak meyerupai pakaian wanita atau sebaliknya
3. Sebaik-baik pakaian adalah yang meniru sunnah rasulullah s.a.w. Haram bagi
lelaki memakai sutera atau emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya
4. Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram
5. Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan
6. Pakaian dari jenis kain yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna
kulit
7. Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga - bunga
8. Memakai pakaian yang bersih
9. Sunat memakai wangi=wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama-sama
suami atau muhrimnya
10. Memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan
11. Haram memakai pakaian dari sutera asli atau emas khususnya bagi laki-laki
seperti mamakai rantai emas , cincin emas dan sebagainya tapi tidak mengapa
jika cincin perak sebab bukan lagi emas tulen
12. Tidak melabuhkan pakaian/seluar sehingga menutup dua buku lalinya bagi lelaki.
Ertinya tidak melabuhkan pakaian sampai menyapu jalan
13. Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya
dan melabuhkan sehingga kedadanya

Aurat lelaki

1. dihadapan lelaki ialah menutup sekurnag-kurangnya antara pusat dan lutut
2. di hadapan wanita yang halal dinikahi, sekurang-kurangnya antara pusat dan
lutut. Sebaik-baiknya menutup sebahagian besar badannya
3. di dalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Afdhalnya berpakaian
lengkap yang sebaik mungkin kerana mengadap Allah
4. bersama isteri tiada batas auratnya
5. ketika bersendirian menutup dua kemaluannya

Aurat wanita

1. di dalam solat seluruh tubunya kecuali muka dan tapak tangan
2. bersama wanita kafir, menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
3. di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka dan
tapak tangan
4. dihadapan suami tiada batasnya
5. ketika bersendirian antara pusat dan lutut

Wanita dilarang mendedahkan perhiasannya

Perhiasan wanita itu biasanya seperti gelang tangan , gelang kaki,kalung, anting-anting.
Barang-barang kemas ini biasanya dipakai pada anggota tubuh yang wajib ditutup
iatu lengan, betis, dada, leher dan kepala. Justeru itu wanita hendaklah menutup
leher dan dada dan berdosa membukakannya kepada lelaki yg bukan muhrimnya.

Mendedahkan perhiasan hanya boleh dilakukan kepada : (bila sebut perhiasan,
kadang2 ada yang lupa bahawa perkara itu terlibat secara langsung dengan aurat
seseorg wanita itu juga)

1. suami
2. ayah
3. ayah mertua
4. anak-anak
5. anak tiri
6. adik dan abang
7. anak saudara laki-laki
8. wanita rakan sejawat
9. hamba sahaya
10. kanak-kanak kecil yang belum bernafsu

Moga diberi kekuatan kepada kita semua untuk menjaga adab dan aurat sebaik
mungkin

No comments: