Islamic Widget

Tuesday, December 28, 2010

Sup Sayur + Tauhu Jepun/Telur

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 3-5 paket tauhu jepun/telur - kerat 3
  • 2-3 ulas bawang putih - cuci dgn kulitnya & pecahkan jer..
  • udang sederhana besar
  • sos tiram
  • lada hitam/lada sulah(tapi lada hitam wangi sket aromanya)
  • air secukupnya
  • bunga kubis, baby sawi, putik jagung, cendawan butang.
  • cili merah
  • daun bawang & daun saleri.
  • 2 sudu besar mix vegetable
  • Garam secukup rasa (kiub ayam pun boleh :D)

Cara-cara

  1. Goreng tauhu jepun hingga kekuningan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan air.
  3. Masukkan sos tiram bersama lada hitam/lada sulah dan kacau sebati. Setelah menggelegak, masukkan udang.
  4. Kemudian masukkan tauhu jepun/telur dan sayur campur . Kacau sebentar.
  5. Akhir sekali cili yg dihiris, daun bawang & daun saleri yg dipotong2...garam/kiub ayam secukup rse.  
 **Klu ske leh masukkan bawang besar yg dihiris bulat semasa masukkan cili, daun bawang & daun sup.
*** klu tak de sayur campur...gne baby sawi pun kira ok dah....!!!

No comments: