Islamic Widget

Monday, February 17, 2014

10K Dalam Persahabatan ( DATUK DR MAZNAH HAMID : "Motivasi Memburu Kejayaan" )

    
1) KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan.

2) KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka.

3) KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi.

4) KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.

5) KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.

6) KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita.

7) KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka.

8] KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka.

9) KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta.

10) KESERASIAN dalam persahabatan dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak


Apakah kita memiliki 10K ini dalam dri kita...?!? TEPUK DADA....TANYA EMPUNYA DIRI :D

No comments: