Islamic Widget

Tuesday, December 31, 2013

Crepe Durian






-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian

-masuk sume bhn dlm mngkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat just tmbh air sikit..
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kene hilangkn buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila byk buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn msa angkat tu
|
FILLING..resepi sendiri

500g isi durian
130ml susu cair
1 biji kuning telur
10g gula
10g tepung kastard

- campur semua dlm periuk..masak api perlahan,kacau hingga pekat - sejukkan

150ml fresh cream @ non dairy whipping cream dipukul kental

* Boleh juga guna isi durian shj dan fresh cream cream yg dipukul kental...letak sedikit fresh cream kemudian isi durian dan letak lg fresh cream..baru bungkus...

* Boleh juga pukul fresh cream sampai kental,kemudian masukkan isi durian,pukul sebati sebentar...


-letak kulit crepe yg licin bahagian bawah..letak krim,letakkan kastard atasnya dan letak krim lg..
-lipat kulit crepe - sejukkan

Saturday, December 7, 2013

Laksam





2 cwn tepung beras

1 cwn tepung gandum
2 sb tepung ubi
4 cwn air
1 sk garam

- blender semua
- kukus di atas tutup periuk yg telah disapu sedikit minyak selama 7 minit
- bila dah masak,gulung mee laksam
- sejukkan

Kuah Laksam

1/2 kg ikan sardin direbus...ambil isi
2 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sk lada hitam - dblender,jgn terlalu halus
2 keping.. asam keping
santan pekat secukupnya

- blender ikan sardin bersama bawang merah dan bawang putih
- masukkan bersama bahan2 lain k dalam periuk
- masak dan kacau hingga kuah mendidih
- perasakan dgn garam dan pak aji jika suka

Cili laksam

6 biji cili api
sedikit belacan
sedikit garam
1 bj limau kasturi - diperah

- tumbuk cili + belacan + garam
- perahkan asam limau

Ulam-ulaman

- taugeh
- daun kesum - dihiris halus
- bunga kantan - dihiris halus
- kacang panjang - dihiris halus
- kobis dihiris halus

Apam Polkadot


3 biji telur A dr peti ais
220g gula halus
1sk ovalette
275g tepung gandum *
3sk baking powder * diayak bersama
150ml susu segar @ susu cair.
1sk esen vanila

- pukul gula + telur + ovalete hingga kembang,gebu dan berkrim
- masukkan bahan2 lain, pukul sebati
- bahagi2kan dan warnakan ikot selera kita
- masuk dlm piping bag
- picitkan dlm cupcake yg telah diletak dlm acuan lompang hingga penuh
- jika nak letak filling..letak 1/2 cupcake,pastu letak filling dan letak lg adunan hingga penuh cup
- kukus selama 10min dgn api sederhana...(pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu)

Wednesday, December 4, 2013

Kek Keju Meleleh






150g tepung superfine
1sk baking powder
150g gula kastor
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair
80ml minyak masak / mentega cair
* perisa dan pewarna yg digemari (satukan dgn sukatan air/susu cair tadi hingga menjadi 80ml)

- pukul tepung + baking powder + gula + telur + ovalete hingga kembang, putih dan gebu(adunan akan naik sekali ganda)


- masukkan air/susu cair td...pukul lg hingga ringan
- masukkan minyak/mentega cair - pukul perlahan dan sekejap sekadar sebati
- masuk dlm bekas (1/2 bekas shj) - tutupkan dgn penutup bekas
- kukus 30 min dgn api yg kuat
- dah masak..kuarkan dr pengukus...biar bertutup hingga sejuk
- jgn risau jika kek menurun...x bantat..tetap gebu mcm dlm gambar
- lap2 kan wap air di bawah penutupnya

Keju Meleleh..

250g cream cheese
120ml susu pekat manis
100ml susu sejat

- pukul cream cheese + susu pekat manis hingga lembut
- masukkan susu sejat..pukul sebati...jika nak lbh leleh,tambahkan lagi susu cair
-tuang atas kek tadi...sejukkan dlm chiller

Tuesday, October 8, 2013

KEK PISANG





BAHAN2:

1/2 cawan minyak canola atau butter cair

1 cawan gula
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sdk baking soda
4 biji pisang masak (berangan / emas)
1/2 sdk Serbuk kayu manis (penyedap rasa)
Esen Vanila / pisang

Panaskan oven 180 degrees celcius.

Dalam bekas mangkuk adunan, pukul telur, gula dan butter cair / minyak canola hingga kembang. Ayakkantepung dan baking soda bersama-sama dan masukkan tepung kedalam adunan dan pukul adunan itu hingga sebati. Masukkan esen vanila / pisang kedalam adunan. Taburkan serbuk kayu manis dan kacau rata.

Dalam bekas mangkuk bersaiz kecil, lecek pisang dengan pelecek. Campurkan pisang yang telah dilecek kedalam adunan kek dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan adunan kek ke dalam bekas kek yang telah digris dengan butter dan sedikit tepung. Bakar kek selana 50 minit sehingga perang keemasan. Sejukkan diatas redai kek dan boleh lah dihidangkan.

Kueteow Ladna

Untuk makan 4-5 orang

sebungkus kueteow- cuci terlebih dahulu
2 biji telur - pukul sket
3-4 sudu besar kicap (terpulang nak gne kicap lemak manis/kicap lemak masin-ikut cita rasa) 

*udang
*ayam
*daging
*fish ball
*fish cake
*sotong 
* suka hati nak letak byk mne(ikut cita rasa)

*sayur sawi
*bunga kubis
*carrot (potong mancis)
*baby corn
* sukati jugak nak letak banyak mne

1 sudu besar tepung jagung 
3/4 cawan air (bancuh dgn tepung jagung)
1 sudu besar- sos tiram
1 sudu kecil sos ikan (tak nak letak pun x per)
garam- secukup rasa 
1 ketul kiub ayam

lada hitam - 1/2 sudu (tumbuk)
bawang putih 2-3 ulas }tumbuk
bawang merah  - 3 ulas}tumbuk

** 5-6 tangkai cili api - jika nak pedas leh tambahkan bilangan cili (pecah2kan jer yer)


CARA2:
1.
Gaul kuew teow dengan sedikit kicap.Panaskan minyak sedikit dalam kuali (2-3 sudu besar), masukkan kuew teow...kacau sekejap...masukkan telur gorengkan sekejap anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam pinggan.



Kemudian, sediakan kuah....

1. tumis bawang yg ditumbuk/blend & cili api sampai wangi...kemudian masukkan daging 
2. Agak2 daging dah lembut masukkan kiub ayam, sos tiram,sos ikan carrot, putik jagung, bunga kubis, ayam, batang sawi dan sotong.Kemudian masukkan air secukupnya.Biarkan mendidih.

4.Masukkan garam, sawi dan udang.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.

5.Setelah siap, tuangkan ke atas kuew teow tadi.


***cara hidang: masukkan kueteow dalam mangkuk dan letak kuah. Then 
letak cili merah yg dihiris...daun sup..daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan...klu ske boleh hiriskan limau nipis/limau kasturi.


kuah akan bertukar kaler sket sbb kueteow tadi digaul dgn kicap. makan masa panas2 fuuuuhhh... syodap..

          



Saturday, October 5, 2013

Roti Pita + Spicy Black Pepper Chicken



Bahan2nya
500gm isi ayam di potong dadu
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inch halia
bahan di atas dikisar halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis dan putih
1/2 sudu teh serbuk kunyit
dua sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Gaulkan rempah2 serbuk pada isi ayam
Minyak untuk menumis
5 keping Roti Pita
Timun dihiris2
2 biji tomato di hiris2

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, tuangkan bahan2 bawang kisar, goreng hingga ia bangkit baunya, letakan isi ayam yang berempah, lobak merah hiris & cendawan butang goreng ayam hingga masak, letakan garam dan gula secukup rasa. Panaskan roti pita di oven selama 5mins.

Ambil sekeping roti yang sudah di bakar, belahkan dua, isikan roti dengan hirisan timun dan tomato letakan isi ayam goreng dan cili sos. Sajikan panas2 dengan salad timun & tomato.

Nasi Daging Simple



Bahan utama ( utk 6-8 org makan ):
~ 5 cawan beras basmathi atau beras biasa/wangi
Beras ni di basuh kemudian di rendam selama setengah jam, paling kurang 15 minit la.. lps stgh jam sila toskan airnya.. biarkan beras dlm periuk nasi..

Tapi kalau guna beras biasa takyah rendam..cme..basuh dan tos kan...faham!!! Meh buat langkah seterusnya.. ~ Daging di potong kiub(daging banyak pun takpe)elok daging batang pinang sbb cepat sikit empuk.


Bahan utk menumis di hiris nipis :
bawang merah
bawang putih
halia


bahan menumis 3-4 sekawan

Bahan2 lain :
1-2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin(minyak masak
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma ~ aku guna baba's
garam secukup rasa ~ aku guna 2 kiub pati ayam
air secukupnya..

Langkah pertama :

Dalam periuk , rebus daging kiub tadi bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma ... rebus sampai daging empuk.. air rebusan jgn di buang sbb nak gunakan utk memasak nasi..


Langkah seterusnya :


Dalam periuk lain pulak, masukkan butter dgn minyak sapi..



Tumis bhn hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.. tumis sampai layu..



Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri.. kacau rata..



Masukkan pula susu cair.. kacau lagi..



Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi.. korang jgn main tuang aje tau.. sukat dulu airnya.. guna pot sukatan beras td, ambik air rebusan dlm 6 pot saja kalau guna beras basmathi la kan..

Tapi kalau guna beras biasa, just ambik 5 pot air rebusan daging tu aje.. dagingnya jgn lupa sauk sekali tau.. hehehhe..

Pastu masukkan 2 kiub pati ayam knorr.. dah settle proses pencampuran sila tutup api.. takyah tunggu menggelegak pun..



Tuang terus ke dalam periuk nasi yg berisi beras td... masak nasik mcm biasa.. utk beras basmathi, level sukatan air bg 5 pot beras adalah di nombor 7..



Siappppp... masa nak gembur2kan nasi tu sila guna garpu.. baru lawa sikit hasilnya..

Makaroni Bakar


Bahan :

1peket makaroni elbow (direbus dulu ye) 1/2tin susu cair marrigold 250gm daging segar (dipotong kecil & direbus dulu ye) 1peket kecil rempah kari daging babas (dicampur sedikit air dr stok dgg td ye) Setangkai daun kari (diracik halus) 3bj bawang besar/bwg holland (diracik halus) 3ulas bwg putih (diracik halus) 1/2inci halia (diracik halus) 2sb cili mesin 1sk perahan air lemon 1batang lobak merah (disagat pjg2 ye) 1btg celery (dipotong kecil) daun sup & daun bawang (dipotong kecil) 1bj lada benggala (dipotong pjg2) serbuk lada hitam garam & gula secukup rasa 4bj telur (dipukul kembang ye) parutan keju Cheddar (sbg hiasan)

Cara buat : Tumiskan bwg besar + bwg putih + halia hingga naik baunya. Masukkan rempah kari + cili mesin. Masukkan pula daun kari. Tumis hingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan daging dan perahan lemon. Gaul sebati dan biar seketika.

Masukkan pula susu cair. Letakkan garam + gula secukup rasa. Sebatikan semua bahan. Biarkan ia mendidih.

Masukkan makaroni + lobak merah + celery + lada benggala + daun bwg + daun sup + serbuk lada hitam. Sebatikan kesemua bahan.

Padamkan api. Tuangkan terus ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak zaitun. Ratakannya di dalam loyang.

Tuangkan telur ke atasnya. Tekankan dengan sudu supaya makaroni padat di dalam loyang sebelum dibakar.

Akhir sekali, taburkan keju di atasnya sebagai hiasan.

Bakar pada suhu 180C selama 40minit.

Siap! Hidangkan panas2!

Selamat Mencuba!

BINGKA LABU



Bahan2:
2 cwn labu direbus dan dilenyek.

2 cwn santan pekat.

21/2 cwn tepung gandum.

2 sudu mkn majerin.

3 biji telur dipukul.

1 cwn gula.

Cara2:
Labu direbus ditapis dan dilenyek ketika pns dgn sedikit garam dan majerin.

Didlm bekas berlainan mskkan tepung dan santan, kacau sebati

. Mskkan telur, gula dan labu yg tlh dilenyek.

Tuang adunan dlm loyang yg tlh disapu majerin.

Bakar suhu 180' c. Selama 50 minit.

Kemudian 5 minit lg guna api atas supaya nmpk garing dibahagian atas.

Selmt mencuba
.

Tuesday, October 1, 2013

Popia Basah

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - diparut halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***

15 tangkai cili kering- tun guna 3 sb cili giling
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan leserkan ke atas kuali leper
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti...lipat macam biasa dan gulung

Saturday, June 29, 2013

Garlic Bread & Mushroom Soup

  

BAHAN-BAHAN ROTI :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
1/3 camca teh garam halus
120 - 160 ml air suam (kurang lebih)
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

BAHAN MENTEGA "KHAS"
2 camca besar mentega*
2 ulas bawang putih, diparut*
Sedikit serbuk lada hitam*
1 camca teh cincangan parsley*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)

- Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). 


*KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.

- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan memanjang dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda kemudian kelar secara menyerong sebanyak tiga kelaran. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

- UNTUK GARLIC BREAD :- Hiris roti secara menyerong setebal 3/4 inci. Sapu setiap satu hirisan roti dengan mentega "khas" (sapu satu bahagian saja..), buat hingga siap. Dengan api perlahan, panaskan non-stick frying pan dan panggang roti tadi sehingga kuning keemasan (lebih kurang 2 minit cam tu ler) Lakukan kaedah sama dengan baki roti tadi hingga habis. Hidangkan bersama mushroom soup....selamat mencuba....

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)

250 g cendawan butang jenis segar
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar butter
2 susu minyak zaiton
1 1/2 camca besar tepung gandum
serbuk lada hitam (ikut cita rasa nak "hot" camane)
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

- Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar then, ketepikan.

- Panaskan kuali/sauce pan masukkan butter & minyak zaiton, 
bila butter dah cair, masukkan bawang - kacau kira2 lima minit.

- Kemudian, masukkan cendawan dan kacau hingga rata.Then masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.

- Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus bahan2 yang dimasak, tuang 
semula ke dalam kuali.

- Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(klu x nak tak letak garam pun x per sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread tadi......

Oh ye, kalau ada sesapa nak buat chicken mushroom soup, boleh gak guna resipi ni. rebus isi ayam yg dipotong dadu. airnya boleh masukkan dalam soup gantikan air biasa. Hah...dah jadi chicken mushroom soup
Cara hiris cendawan (didadu & dihiris kasar )

rupa cendawan butang segar(fresh bukan yg dalam tin tu...)

Friday, May 10, 2013

Resepi Mee Rebus Hj Wahid





Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

KERABU MANGGA ALA SIAM





* Bahan-bahan : -

3 Biji Mangga Muda ( Diparut )
1 Biji Bawang Besar ( Dihiris )
1 Kuntum Bunga Kantan ( Dihiris )
1 Pokok Daun Kesum ( Dihiris )
3 Biji Cili padi ( Dihiris Halus )
1 Biji Cili Merah ( Dihiris )
1 Biji Limau Nipis ( Diambil Jusnya )
1 Sudu Teh Garam
1 Sudu Teh Gula

* Cara Penyediaannya : -

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan jus limau nipis dan gaul rata sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan

Wednesday, April 10, 2013

Kari Hijau Thai



Bahan Pes:
1 batang serai( hiris halus)
10 biji cili padi siam, hiris halus + 2-3 biji cili hijau
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 ulas bawang putih, cincang
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 cawan daun ketumbar (guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih ( sweet thai basil)
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis/limau kasturi
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan(pati)

Bahan lain:
500 gram daging batang pinang (ayam pun boleh)
1 biji terung biru, didadu besar2
sebungkus rebung madu setiap satu dipotong empat
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi di atas)
800 ml santan cair (500 ml)
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

Cara menyediakannya:
Untuk pes : Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
Untuk kari hijau: Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk. Masukkan rebung madu dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Rasa dan tambah sos ikan jika kurang masin.


*Boleh masukkan kacang buncis / kacang panjang (kalau suka)

Sunday, February 10, 2013

Resepi Roti Arab

Bahan-bahan:


500 gram tepung roti
1 sudu teh garam
25 gram gula halus
25 gram marjerin
5 gram pemantap roti (bread improver)
5 gram pelembut roti (bread softener)
10 gram yis segera
250-280 ml air suam

Cara membuatnya:

Gaul sebati tepung bersama garam dan gula halus.
Masukkan marjerin bersama pemantap roti dan pelembut roti. Gaul lagi.
Masukkan yis dan air sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit.
Biarkan adunan kenyal dan tutup dengan tuala kering selama 10 minit lagi.
Uli semula adunan dan bahagikan beberapa bahagian seberat 120 gram.
Bentukkan bulat-bulat dan tutup dengan kain kering selama 10 minit lagi.
Canaikan doh setebal 2 cm dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioles rata dengan mentega.
Bakar pada suhu 210 °c selama 20 minit atau sehingga masak.
Jika mahu keperangan di atasnya, bakar seketika.
Sapukan mentega di atasnya untuk kelihatan cantik berkilat

Sunday, January 13, 2013

"Cream Puff"


Bahan-bahan:

Bahan untuk Puff :
Air 250ml
Tepung gandum 125g
Garam 1 sudu kecil
Butter 100g
Telur 3 biji
Gula 1 sudu besar
Bahan untuk Cream :
Susu segar 500ml
Telur 1 biji
Kuning telur 1 biji
Tepung kastard 25g
Tepung jagung 30g
Gula 100g
Esen vanila 1 sudu besar

Cara-cara untuk buat puff :

Cairkan butter bersama air.
Masukkan tepung gandum, garam dan gula.
Masukkan adunan tadi ke dalam mixer.
Tambah telur dan pukul sampai adunan jadi smooth


Masukkan adunan dalam piping beg dan pipe adunan dalam bentuk bulat2 ~ bentuk Cream Puff



Bakar Puff ni dalam 15 minit. Suhu 180ᵒC.

Cara-cara untuk buat Cream :

Panaskan susu.
Dalam mixer, pukul telur dan kuning telur.
Masukkan telur yg telah dipukul tu ke dalam periuk susu panas tadi.
Tambah tepung kastard, tepung jagung, gula dan esen vanilla.
Kacau laju2 atas api yg perlahan sampai adunan jadi smooth.
Last sekali ambik Puff yg dah siap bakar tadi, buat lubang sikit kt bawah Puff tu. Pastu pipe kan "Cream" dalam "Puff" yang telah siap tadi....



~Cream Puff...siap...!!!~

Tuesday, January 1, 2013

KEK GULA HANGUS



Bahan-bahan ( 6 orang )

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu mentega

Cara-cara

~ Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
~ Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
~ Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
~ Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
~ Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
~ Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
~ Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
~ Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
~ Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"